Friday, 20 January 2017

Programmable Logic Controller (PLC)

 Programmable Logic Controller (PLC)






“Programmable Logic Controller” (PLC) adalah alat elektrik yang paling penting di kilang .  PLC yang sering digunakan adalah dari Jerman iaitu Siemens,  Toshiba yang berasal dari Jepun, “Allen Bradley’s” dan Fuji. Selain itu, PLC ini juga dirujuk sebagai alat kawalan untuk “Computer Family”. PLC digunakan dalam aplikasi perdagangan dan perindustrian. Di samping itu, ia juga bertindak sebagai alat kawalan untuk mesin dan pengeluaran. PLC juga berupaya memantau “input” membuat keputusan dan memberi “output” kawalan untuk mengautomasikan mesin dan proses.

Dalam PLC, terdapat gambarajah blok berfungsi untuk menyediakan satu lagi cara untuk melihat sesuatu pogram. Setiap fungsi telah menamakan untuk menetapkan tugas tertentu dan ditunjukkan oleh segi empat tepat dengan nama ini di dalam. “Input” ditunjukkan di sebelah kiri dan “output” di sebelah kanan.                  


    Kelebihan Programmable Logic Controller (PLC)
                              i.        Saiz yang lebih kecil
                            ii.        Perubahan sistem lebih mudah dan cepat
                           iii.        Dokumentasi segera
                           iv.        Pertindihan lebih cepat dan kurang mahal daripada aplikasi
                            v.        Mengekalkan pada debu
                           vi.        Mengekalkan pada teguh
                         vii.        Mengekalkanpada suhu
                        viii.        Mengekalkan pada getaran
                           ix.        Mudah untuk melakukan penyelengaraan

                           x.        Mudah untuk mengenalpasti masalah sesuatu dengan menggunakan PLC

Test Bench Motor Control Centre (MCC) Tester



                  Test Bench Motor Control Centre (MCC) Tester
“TestBench” merupakan satu alat yang direka untuk menguji sesuatu alatan elektrik atau untuk simpanan peralatan (Tools) di bina dalam bentuk rak, almari dan meja. Projek yang dipertanggungjawabkan kepada saya adalah merupakan Motor Control Centre (MCC) Tester. Motor Control Centre (MCC) merupakan satu alatan utama di dalam Cement Industries kerana di dalam kilang ini semua proses pergerakan mesin sama ada besar atau kecil dengan menggunakan motor. MCC merupakan alat untuk mengawal pergerakan motor dan memberi perlindungan kepada motor. MCC berada di panel-panel di dalam bilik elektrik. Ia merupakan perlindungan kerana terdapat “OverLoad” di dalam litar MCC tersebut. Jika motor bergerak melibihi had laju yang ditetapkan, atau ia boleh dinyatakan dengan membawa beban berlebihan, MCC tersebut akan automatik (Trip Over Load) memutuskan bekalan. Hal ini kerana melindungi motor dari terbakar. Projek saya merupakan alat pengujian Motor Control Centre (MCC). MCC tester merupakan alat pengujian untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi di MCC tersebut. Untuk mengetahui masalah, kita perlu berpandukan “Drawing MCC” . Kita perlu menguji dengan meter di mana “supply” tidak sampai. Selepas mengetahui punca masalah dan dibaiki, kita perlu masukkan MCC ke MCC tester untuk menguji sekali lagi sama ada “supply” lalu ke semua berpandukan litar. Jika “supply” lalu ke semua laluan dengan berpandukan litar dan jika test “overload” (Trip) ia bermakna “OverLoad” OK dan ini bermakna MCC tersebut sudah dapat digunakan semula atau dapat dijadikan “Sparepart”.


  Peralatan, Barang dan Komponen Elektrik Yang Diperlukan Di Dalam Projek Adalah :
i)             Panel MCC
ii)            Bekalan kuasa yang diperlukan 220V,48V
iii)           Terminal Block
iv)           Kabel “Control” 7 Core dan kabel “Power” 3 Core
v)            Relay 11 kaki
vi)           Local Switch (Stop,Start,Central)

vii)         Contactor

Gambar di atas menunjukkan berkenaan litar kawalan yang menggunakan  untuk melindungi beban apabila berlaku arus berlebihan.


LITAR KAWALAN MOTOR DAN PENDAWAIAN ELEKTRIK

Definisi

Litar kawalan ialah turutan alat-alat kawalan & perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna.Litar ini termasuklah pengasingan, pensuisan, perlindungan arus lebihan dan perlindungan kebocoran arus ke bumi.


Alat-alat kawalan dan perlindungan dalam litar kawalan dalam pendawaian elektrik adalah :

  • Fius Perkhidmatan dan Penghubung Neutral
  • Meter Kilowattjam
  • Suis Utama
  • ELCB


       Jenis Litar Kawalan Motor

s      i) DOL

u      ii) Star Delta, Foward Reverse

        iii) Auto Trans Stater
ii
ii
ii

jj






Sunday, 8 January 2017


SAFETY FIRST ! SEBELUM DAN SEMASA BEKERJA

PENGENALAN

 Blog ini mengisahkan tentang dua orang anak muda yang belajar tentang elektrik, dan ingin kongsi ilmu kami bersama orang lain. Di sini kami akan menceritakan tentang pelbagai pengetahuan mengenai elektrik. Semoga anda dapat mengambil dan mempraktikkan apa yang ada di dalam blog kami . 



















!KAMI SENTIASA UPDATE TENTANG ELEKTRIK JANGAN LUPA MELAWAT SETIAP HARI!