Test
Bench Motor Control Centre (MCC) Tester
“TestBench”
merupakan satu alat yang direka untuk menguji sesuatu alatan elektrik atau
untuk simpanan peralatan (Tools) di bina
dalam bentuk rak, almari dan meja. Projek yang dipertanggungjawabkan kepada
saya adalah merupakan Motor Control Centre (MCC) Tester. Motor Control Centre
(MCC) merupakan satu alatan utama di dalam Cement Industries kerana di dalam
kilang ini semua proses pergerakan mesin sama ada besar atau kecil dengan
menggunakan motor. MCC merupakan alat untuk mengawal pergerakan motor dan
memberi perlindungan kepada motor. MCC berada di panel-panel di dalam bilik
elektrik. Ia merupakan perlindungan kerana terdapat “OverLoad” di dalam litar
MCC tersebut. Jika motor bergerak melibihi had laju yang ditetapkan, atau ia
boleh dinyatakan dengan membawa beban berlebihan, MCC tersebut akan automatik
(Trip Over Load) memutuskan bekalan. Hal ini kerana melindungi motor dari
terbakar. Projek saya merupakan alat pengujian Motor Control Centre (MCC). MCC
tester merupakan alat pengujian untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi di
MCC tersebut. Untuk mengetahui masalah, kita perlu berpandukan “Drawing MCC” .
Kita perlu menguji dengan meter di mana “supply” tidak sampai. Selepas
mengetahui punca masalah dan dibaiki, kita perlu masukkan MCC ke MCC tester
untuk menguji sekali lagi sama ada “supply” lalu ke semua berpandukan litar.
Jika “supply” lalu ke semua laluan dengan berpandukan litar dan jika test
“overload” (Trip) ia bermakna “OverLoad” OK dan ini bermakna MCC tersebut sudah
dapat digunakan semula atau dapat dijadikan “Sparepart”.
Peralatan, Barang dan Komponen Elektrik Yang Diperlukan Di Dalam
Projek Adalah :
i)
Panel MCC
ii)
Bekalan kuasa yang diperlukan 220V,48V
iii)
Terminal Block
iv)
Kabel “Control” 7 Core dan kabel “Power” 3
Core
v)
Relay 11 kaki
vi)
Local Switch (Stop,Start,Central)
vii)
Contactor
No comments:
Post a Comment