Saturday, 18 February 2017

PENGUBAH ELEKTRIK (TRANSFORMER)

PENGUBAH ELEKTRIK 






Transformer adalah peranti elektrik statik yang memindahkan tenaga dengan gandingan aruhan antara litar belitannya. Perubahan arus pada belitan primer mencipta perubahan pada fluks magnet dalam teras lalu menghasilkan fluks magnet yang berubah pada belitan sekunder. Perubahan fluks magnet ini mengaruh daya gerak elektrik (d.g.e.) atau voltan yang berubah pad belitan sekunder.

Ciri-ciri Pengubah Elektrik
 
  • Terdiri daripada 2 gegelung yang bertebatan antara satu sama lain tetapi dibelitkan teras yang sama
  • Arus ulang alik dalam satu belitan (winding) menghasilkan fluks ulang alik dalam teras dan seterusnya medan elektrik aruhanya dihasilkan .  
!ARDUINO UNO!


☺☺☺PLEASE COMMENT TO GET THE CODING YOUR PROJECT☺☺☺

PENCAWANG PENGHANTARAN






PENCAWANG PENGHANTARAN


Pencawang menyediakan perkhidmatan bagi pengagihan sumber bekalan tenaga elektrik
di sesuatu kawasan di mana ia ditempatkan. Fungsi utama pencawang ialah menerima tenaga yang
dihantarkan pada voltan tinggi daripada stesen jana kuasa dan merendahkannya semula kepada
nilai tertentu bagi pengagihan tempatan dan ini memerlukan perkakasuis yang sesuai. Sesetengah
pencawang hanya berfungsi sebagai stesen pensuisan yang mudah di mana mempunyai sambungan
yang berbeza di antara berbagai talian penghantaran. Selain dari itu ia digunakan untuk menukar
bekalan A.U ke A.T atau sebaliknya ia juga menukar frekuensi voltan tinggi ke rendah dan
sebaliknya. Pencawang mempunyai fungsi tambahan lain seperti menyediakan bahagian bagi
pemasangan peralatan keselamatan dan ini membolehkan ia dipisahkan dengan peralatan atau
talian ketika berlaku kerosakan. Voltan dari keluaran basbar pengagihan boleh juga diagihkan
pada sistem pencawang.

Peranan Pencawang

Pencawang boleh ditakrifkan sebagai satu kumpulan alat-alat atau perkakasuis elektrik yang bertugas untuk menerima, mengubah, mengendali dan membahagikan bekalan elektrik kepada pengguna yang berhampiran.

Pencawang penghantaran menerima dan mengubah bekalan elektrik 11 kV kepada 275 kV, 132 kV dan 66 kV. Selain itu pencawang penghantaran juga menerima dan mengubah voltan elektrik dari 275 kV, 132 kV, 66 kV kepada 33kV dan 22 kV serta 6.6 kV untuk pembahagian. Pencawang boleh dibahagkan kepada beberapa jenis seperti berikut pencawang dalam bangunan dan pencawang luar bangunan.

Jenis-Jenis Peralatan Pencawang


  • Pengatur-Pengubah (Transformer Tap Changing)

  • Pemutus Litar (Circuit Breaker)


  • Pengasing /OLU (Oil Link Unit)

  • Pembumian

  • Penangkap Luaran

  • Penghad Arus


  • Pengubah Peralatan




Admin berharap sedikit penkongsian ini dapat membantu menambah ilmu kepada yang membaca . :)

SISTEM PEMBUMIAN



Dalam bidang kejuruteraan elektrik, istilah pembumian elektrik tidak asing lagi, merujuk kepada sambungan litar elektrik ke bumi, sama ada secara fizikal ataupun sebagai "laluan balik" ke punca kuasa elektrik, bergantung kepada aplikasi yang digunakan.

Di sini admin nk kongsi serba sedikit ilmu mengenai sistem pembumian

Terdapat beberapa sebab mengapa litar elektrik dibumikan. Dalam sistem bekalan elektrik sesalur, sambungan ke bumi dilakukan atas sebab keselamatan, terutamanya bagi mencegah bahagian peralatan elektrik yang dapat disentuh oleh manusia daripada diuja dengan voltan tinggi yang berbahaya akibat kegagalan penebat elektrik, atau dengan kata lain, melindungi pengguna daripada kebocoran arus elektrik dengan menyediakan satu laluan elektrik ke bumi. Sambungan ke bumi juga boleh mengehadkan pembentukan cas elektrik statik semasa mengendalikan bahan mudah terbakar ataupun semasa membaiki peralatan elektronik. Bagi pendawaian kenderaan pula, semua peralatan elektrik kenderaan dibumikan ke badan kenderaan (tanpa sambungan secara fizikal ke bumi) bagi menyediakan satu laluan balik ke bateri, sekaligus menjimatkan penggunaan kuprum.

Komponen Yang Wajib Dibumikan

Jenis-Jenis Pembumian

Pembumian TN-S
TN-S-earthing.svg
TN-S: Wayar bumi (PE) dan neutral (N) berasingan dari transformer ke unit pengguna, yang tidak disambungkan bersama pada mana-mana titik selepas titik pengagihan bangunan


Pembumian TN-C

TN-C-earthing.svg

TN-C: Pengalir gabungan PE dan N sepanjang sistem dari transformer ke unit pengguna.

Pembumian TN-C-S

TN-C-S-earthing.svg

TN-C-S: Pengalir gabungan PEN dari transformer ke titik pengagihan bangunan, tetapi dipecahkan
kepada pengalir PE dan N pada pendawaian dalaman kekal serta wayar kuasa boleh lentur.








Semoga perkongsian ini dapat membantu adik-adik atau kawan-kawan yang ingin mengetahui tentang Sistem Pembumian.

Saturday, 11 February 2017

 haih, mengantuknya hari nih. petang satgi admin nak buat sambungan motor untuk auto gate.
pas2 tiba-tiba teringat blog admin. jadi alang2 sambil study admin nak kongsi cara sambungan star,delta @ stardelta. Apa itu star? Apa Itu delta connection?! Ermmmm.... let me explain it.

seperti gambar rajah bawah. ↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓  sambung star yg diterjemah bintang. heheheh. sambung delta ialah segitiga ☺. STAR CONNECTION nih untuk pengetahuan semua ia adalah satu sambungan yg mana pada satu point sahaja. seperti rajah bawah tersebut. point tengah itu ada point neutral. ia bermaksud sambung star mempunyai NEUTRAL. mudahkan . bagi sambungan DELTA ia tidak mempunyai neutral point dan ia sambungan tiga point.
mai sini admin nak tunjuk contoh untuk sambungan pada motor.(KAWALAN MOTOR) 
tngok rajah bawah. tak faham komen admin akan terang.



Saturday, 4 February 2017

duk tak duk tiba2 teringat pasal ARDUINO. semua org tahu arduino ialah kit yg memudahkan anda buat project akhir "FINAL YEARS PROJECT".
hari nih admin akan ajar cara basic programming! :*

CONTOH PROGRAMMING:-

void setup ()
{
pinMode(13, OUTPUT);// keluaran kaki 13 arduino
}

void loop ()//loop adalah pembahagian kumpulan
{
digitalWrite(13,  HIGH);//high bermaksud "1"
delay(500);//delay ialah masa yang kita tetapkan untuk operasi
digitalWrite(13, LOW);//LOW bermaksud "0"
delay(500);

}

Sambungan LITAR :-