Saturday, 18 February 2017

PENCAWANG PENGHANTARAN






PENCAWANG PENGHANTARAN


Pencawang menyediakan perkhidmatan bagi pengagihan sumber bekalan tenaga elektrik
di sesuatu kawasan di mana ia ditempatkan. Fungsi utama pencawang ialah menerima tenaga yang
dihantarkan pada voltan tinggi daripada stesen jana kuasa dan merendahkannya semula kepada
nilai tertentu bagi pengagihan tempatan dan ini memerlukan perkakasuis yang sesuai. Sesetengah
pencawang hanya berfungsi sebagai stesen pensuisan yang mudah di mana mempunyai sambungan
yang berbeza di antara berbagai talian penghantaran. Selain dari itu ia digunakan untuk menukar
bekalan A.U ke A.T atau sebaliknya ia juga menukar frekuensi voltan tinggi ke rendah dan
sebaliknya. Pencawang mempunyai fungsi tambahan lain seperti menyediakan bahagian bagi
pemasangan peralatan keselamatan dan ini membolehkan ia dipisahkan dengan peralatan atau
talian ketika berlaku kerosakan. Voltan dari keluaran basbar pengagihan boleh juga diagihkan
pada sistem pencawang.

Peranan Pencawang

Pencawang boleh ditakrifkan sebagai satu kumpulan alat-alat atau perkakasuis elektrik yang bertugas untuk menerima, mengubah, mengendali dan membahagikan bekalan elektrik kepada pengguna yang berhampiran.

Pencawang penghantaran menerima dan mengubah bekalan elektrik 11 kV kepada 275 kV, 132 kV dan 66 kV. Selain itu pencawang penghantaran juga menerima dan mengubah voltan elektrik dari 275 kV, 132 kV, 66 kV kepada 33kV dan 22 kV serta 6.6 kV untuk pembahagian. Pencawang boleh dibahagkan kepada beberapa jenis seperti berikut pencawang dalam bangunan dan pencawang luar bangunan.

Jenis-Jenis Peralatan Pencawang


  • Pengatur-Pengubah (Transformer Tap Changing)

  • Pemutus Litar (Circuit Breaker)


  • Pengasing /OLU (Oil Link Unit)

  • Pembumian

  • Penangkap Luaran

  • Penghad Arus


  • Pengubah Peralatan




Admin berharap sedikit penkongsian ini dapat membantu menambah ilmu kepada yang membaca . :)

No comments:

Post a Comment