Saturday, 18 February 2017

SISTEM PEMBUMIAN



Dalam bidang kejuruteraan elektrik, istilah pembumian elektrik tidak asing lagi, merujuk kepada sambungan litar elektrik ke bumi, sama ada secara fizikal ataupun sebagai "laluan balik" ke punca kuasa elektrik, bergantung kepada aplikasi yang digunakan.

Di sini admin nk kongsi serba sedikit ilmu mengenai sistem pembumian

Terdapat beberapa sebab mengapa litar elektrik dibumikan. Dalam sistem bekalan elektrik sesalur, sambungan ke bumi dilakukan atas sebab keselamatan, terutamanya bagi mencegah bahagian peralatan elektrik yang dapat disentuh oleh manusia daripada diuja dengan voltan tinggi yang berbahaya akibat kegagalan penebat elektrik, atau dengan kata lain, melindungi pengguna daripada kebocoran arus elektrik dengan menyediakan satu laluan elektrik ke bumi. Sambungan ke bumi juga boleh mengehadkan pembentukan cas elektrik statik semasa mengendalikan bahan mudah terbakar ataupun semasa membaiki peralatan elektronik. Bagi pendawaian kenderaan pula, semua peralatan elektrik kenderaan dibumikan ke badan kenderaan (tanpa sambungan secara fizikal ke bumi) bagi menyediakan satu laluan balik ke bateri, sekaligus menjimatkan penggunaan kuprum.

Komponen Yang Wajib Dibumikan

Jenis-Jenis Pembumian

Pembumian TN-S
TN-S-earthing.svg
TN-S: Wayar bumi (PE) dan neutral (N) berasingan dari transformer ke unit pengguna, yang tidak disambungkan bersama pada mana-mana titik selepas titik pengagihan bangunan


Pembumian TN-C

TN-C-earthing.svg

TN-C: Pengalir gabungan PE dan N sepanjang sistem dari transformer ke unit pengguna.

Pembumian TN-C-S

TN-C-S-earthing.svg

TN-C-S: Pengalir gabungan PEN dari transformer ke titik pengagihan bangunan, tetapi dipecahkan
kepada pengalir PE dan N pada pendawaian dalaman kekal serta wayar kuasa boleh lentur.








Semoga perkongsian ini dapat membantu adik-adik atau kawan-kawan yang ingin mengetahui tentang Sistem Pembumian.

No comments:

Post a Comment